Sunday 14 December 2014

5 Makanan Yang Harus Dielakkan Daripada Anak Anda

Sebagai ibu bapa kita mestilah nakkan anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi. Tapi sedarkah kita bahawa kadang-kadang makanan yg kita beri pada anak-anak kita tu sebenarnya menjejaskan kesihatan mereka.

Antara makanan yang harus dielakkan daripada anak-anak kita:

1.Bijirin untuk sarapan pagi.

Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.

2.Daging Proses

Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.

3.Kentang Goreng

Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila memberi anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!

4.Makan pizza

Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.

5.Keropok dan makanan bergoreng

Snek Ringan / Keropok.Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini

Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment