Saturday 12 September 2015

Anak kena chicken pox?

Bila anak kena chicken pox, selalunya ibu bapa la yang paling risau. Risau tak boleh nak pergi sekolah dan akan ada parut. Hilang sikit kecomelan anak tu ye..hihi. Tapi sebenarnya, lagi bagus kalau anak kita kena ni chicken pox masa kecik sebab parut chicken pox ni lagi cepat pulih dan hilang. So, ibu bapa tak perlu panik ye. 
Minggu lepas dekat 2 minggu jugak la saya kena ambil cuti sebab syaqilla kena chicken pox. Sebenarnya saya pun tak pernah kena chicken pox ni. huhu

Apa itu chicken pox?

Chicken pox jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap yang merupakan penyakit berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Ada banyak panggilan untuk penyakit ni sebenarnya. Ade yg panggil chicken pox, demam campak, pelentung atau cacar air.

Chicken pox boleh dijangkiti melalui udara

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak melalui 2 cara iaitu:
1.     Melalui udara - apabila seseorang yang mengalami chicken pox itu batuk atau bersin.
2.     Melalui sentuhan - dengan menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh (blister).

Gejala Chicken pox:

·         Sakit kepala, sakit-sakit badan 
·         Sakit sendi badan
·         Demam, rasa tidak sihat dan letih beberapa hari sebelum ruam timbul.
·         Tidak selera makan
·         Ruam bermula dengan bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

·         Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

Fasa keadaaan chicken pox dari hari 1- hari 10

Rawatan Chicken pox:

  • Doktor akan bagi calamine lotion untuk disapukan pada bahagian badan yang terkena chicken pox, untuk mengurangkan gatal.
  • Selain tu ubat gatal dan ubat demam pun akan dibekalkan bersama.
  • Tapi saya tak bagi pun syaqilla ubat demam dan ubat gatal tu..Al maklumla dia bukan senang pun nak makan ubat.hihi.
  • Ubat sapu yang doktor bagi pun saya tak sapu sebab dia tak nak. So, saya sapukan dia dengan krim herbal blend Shaklee. Nasib baik yang tu dia nak :)
Penawar chicken pox syaqilla (Herbal Blend untuk sapu dan Sabun Mandi Daun Semambu) 

Lebih kurang 10 hari jugak syaqilla kena chicken pox dan kembali ke taska. Tapi mama still sapu lagi herbal blend dekat badan dan muka syaqilla. InsyaAllah...semoga syaqilla cepat kembali comel, hehe...

Hari ke 2 dan Hari ke 10 chicken pox. Alhamdulillah ada perubahan.





------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya bersama kami

Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini

Hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Siti Norhana Binti Zakaria
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Putrajaya/Bangi/Kajang
Shaklee ID [ No : 1080096 ]
Contact No : 013-2264738/ 28
Email : hanaqillaone@gmail.com


0 comments:

Post a Comment